Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam
Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 2) 2021.
/akn/my/act/pua/2021/22
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 22 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam
Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 2) 2021.
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi kawasan tempatan jangkitan atau bahagian atau daerah dalam kawasan tempatan jangkitan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama bagi tempoh yang dinyatakan dalam ruang (2).
Aktiviti terlarang
Tiada seorang pun boleh melakukan, menganjurkan, mengusahakan atau selainnya terlibat dalam, mana-mana aktiviti terlarang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Larangan pergerakan ke tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat
Tiada seorang pun boleh masuk ke dalam atau keluar dari suatu tempat yang tertakluk kepada suatu perintah kawalan pergerakan diperketat kecuali mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan atau yang diberikan kebenaran oleh pegawai diberi kuasa.
P.U. (A) 22 3
Bagi maksud subperaturan (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat”
merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3) Akta.
Kawalan pergerakan di dalam kawasan tempatan jangkitan
Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali dengan kebenaran pegawai diberi kuasa.
Pergerakan bagi maksud peperiksaan
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk menduduki apa-apa peperiksaan yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di mana-mana institusi pembelajaran dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud persediaan dan menduduki peperiksaan itu di institusi pembelajaran itu.
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk menduduki apa-apa peperiksaan yang ditentukan oleh mana-mana badan profesional di mana-mana tempat yang ditentukan oleh badan profesional itu dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud persediaan dan menduduki peperiksaan itu.
Mana-mana orang yang terlibat dalam mengajar bagi persediaan peperiksaan atau dalam penjalanan apa-apa peperiksaan yang disebut di bawah subperaturan (1) dan (2) dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud mengajar bagi persediaan peperiksaan dan penjalanan peperiksaan itu.
Mana-mana orang yang bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang disebut di bawah subperaturan (1), (2) dan (3)—
P.U. (A) 22 4
hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; dan
boleh disertai oleh seorang ibu, bapa atau penjaga.
Pergerakan ke institusi pembelajaran
Seseorang boleh bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran.
Jika seseorang yang disebut di bawah subperaturan (1) bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain, orang itu hendaklah memberikan bukti jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
Larangan berarak
Tiada seorang pun boleh dengan apa-apa cara menyertai atau terlibat dalam apa-apa perarakan.
Kawalan berhimpun
Seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan termasuk berkumpul untuk bersembahyang di mana-mana tempat ibadat agama orang itu tertakluk kepada apa-apa arahan Ketua Pengarah yang dikeluarkan di bawah peraturan 14.
Pengangkutan awam
Walau apa pun jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara, seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya membawa bilangan penumpang mengikut arahan Ketua Pengarah yang dikeluarkan di bawah peraturan 14.
P.U. (A) 22 5
Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia
Pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik, atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, yang memasuki
Malaysia dari luar negara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia di mana-mana pintu masuk sebelum mendapatkan pelepasan imigresen, atau di mana-mana tempat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
Jika mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah, orang itu hendaklah memakai gelang tangan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa itu.
Kehendak bagi majikan untuk menyebabkan pekerja asingnya menjalani ujian pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)
Bagi maksud untuk mencegah dan mengawal merebaknya
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di tempat kerja, seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana majikan yang mengambil kerja seseorang pekerja asing supaya menyebabkan pekerja asing itu menjalani ujian pengesanan
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), dan majikan itu hendaklah menanggung fi, kos atau caj bagi ujian itu.
Bagi maksud peraturan ini,
“pekerja asing”
ertinya pemegang Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang dikeluarkan di bawah peraturan 11
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [F.L.N. 228/1963].
Permintaan maklumat
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh meminta apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada mana-mana orang atau kumpulan orang.
P.U. (A) 22 6
Arahan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau kumpulan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit termasuk apa-apa arahan kepada mana-mana orang atau kumpulan orang yang melakukan, menganjurkan, mengusahakan, atau yang selainnya terlibat dalam, apa-apa aktiviti selain aktiviti terlarang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Kesalahan
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana arahan
Ketua
Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Peraturan-Peraturan ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
P.U. (A) 22 7
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Pembatalan dan kecualian
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan
Bersyarat) 2021 [P.U. (A) 9/2021] dibatalkan.
Apa-apa arahan Ketua Pengarah yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit
(Langkah-Langkah di dalam
Kawasan
Tempatan
Jangkitan)
(Kawalan Pergerakan Bersyarat) 2021 hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah
Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa melainkan jika dibatalkan oleh Ketua Pengarah.
P.U. (A) 22 8
JADUAL PERTAMA
PEMAKAIAN
[Peraturan 2]
(1)
Kawasan Tempatan Jangkitan/Bahagian/Daerah
(2)
Tempoh
1.
Negeri Sarawak kecuali Bahagian Sibu 22.1.2021 – 31.1.2021
JADUAL KEDUA
AKTIVITI TERLARANG
[Peraturan 3]
1.
Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri
2.
Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam
3.
Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah
Dibuat 21 Januari 2021
[KKM.600-29/4/146 Jld.2 (30); PN(PU2)470/IV]
DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA
Menteri Kesihatan
P.U. (A) 22 9
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES
(MEASURES WITHIN INFECTED LOCAL AREAS)
(CONDITIONAL MOVEMENT CONTROL) (NO. 2) REGULATIONS 2021
IN exercise of the powers conferred by subsection 11(2)
of the
Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Prevention and Control of
Infectious
Diseases
(Measures within
Infected
Local
Areas)
(Conditional Movement Control) (No. 2) Regulations 2021.
(2)
These Regulations come into operation on 22 January 2021.
Application 2.
These Regulations shall apply to the infected local area or division or district in the infected local area specified in column (1) of the First Schedule for the period specified in column (2).
Prohibited activity 3.
No person shall carry out, organize, undertake or otherwise be involved in, any prohibited activity as specified in the Second Schedule.
Prohibition on movement to place that is subject to enhanced movement control order 4.
(1)
No person shall enter into or exit from a place that is subject to an enhanced movement control order except any person who is providing healthcare and medical services or is given permission by an authorized officer.
(2)
For the purposes of subregulation (1), “enhanced movement control order”
refers to directions given by an authorized officer under subsection 11(3) of the Act.
P.U. (A) 22 10
Control of movement within infected local area 5.
No person shall move from one infected local area to another infected local area except with the approval of the authorized officer.
Movement for purposes of examination 6.
(1)
Any person who is required to sit for any examination determined by the relevant authority at any learning institution is allowed to move from one infected local area to another infected local area for the purpose of preparing and sitting for the examination at the learning institution.
(2)
Any person who is required to sit for any examination determined by any professional body at any place determined by such professional body is allowed to move from one infected local area to another infected local area for the purpose of preparing and sitting for the examination.
(3)
Any person who is involved in providing lessons for the preparation of examination or in the conduct of any examination mentioned under subregulations (1)
and (2) is allowed to move from one infected local area to another infected local area for the purpose of providing lessons for the preparation of the examination and conducting the examination.
(4)
Any person who moves from one infected local area to another infected local area for the purposes mentioned under subregulations (1), (2) and (3)—
(a)
shall provide the necessary proof as requested by an authorized officer; and
(b)
may be accompanied by a mother, father or guardian.
Movement to learning institution 7.
(1)
A person may move from one infected local area to another infected local area for the purpose of attending learning at any learning institution or performing any duty at any learning institution.
P.U. (A) 22 11
(2)
If a person mentioned under subregulation (1) moves from one infected local area to another infected local area, he shall provide the necessary proof as requested by an authorized officer.
Prohibition on procession 8.
No person shall in any way participate or be involved in any procession.
Control of gathering 9.
A person may gather or be involved in a gathering including congregate to perform prayers at any place of worship of his religion subject to such directions of the Director General issued under regulation 14.
Public transport 10.
Notwithstanding the total maximum capacity of the number of passengers that may be carried on board any land, sea or air public transport, a holder of any land, sea or air public transport licence or permit to carry passengers shall ensure that the public transport relating to his licence or permit carries such number of passengers according to directions of the Director General issued under regulation 14.
Requirement to undergo health examination upon arrival in Malaysia 11.
(1)
An authorized officer may direct any citizen, permanent resident of Malaysia, expatriate or diplomatic corps, or any other foreigner permitted by the Director General of Immigration, entering Malaysia from overseas to undergo health examination upon arrival in Malaysia at any point of entry before proceeding for immigration clearance, or at any other place determined by the Director General.
(2)
Any person referred to in subregulation (1) shall comply with any directions issued by an authorized officer.
(3)
Where any person referred to in subregulation (1) is directed to undergo home quarantine, the person shall wear a wristband provided by the authorized officer.
P.U. (A) 22 12
Requirement for employer to cause his foreign employee to undergo
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) detection test 12.
(1)
For the purpose of preventing and controlling the spread of the
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) at work place, an authorized officer may direct any employer who employs a foreign employee to cause the foreign employee to undergo Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) detection test, and the employer shall pay the fee, cost or charges for the test.
(2)
For the purposes of this regulation, “foreign employee” means a holder of a Visit Pass (Temporary Employment) issued under regulation 11
of the Immigration Regulations 1963 [F.L.N. 228/1963].
Request for information 13.
An authorized officer may request for any information relating to the prevention and control of infectious disease from any person or body of persons.
Directions of Director General 14.
The Director General may issue any directions in any manner, whether generally or specifically, to any person or group of persons to take such measures for the purpose of preventing and controlling any infectious disease including any directions to any person or group of persons carrying out, organizing, undertaking, or who is otherwise involved in, any activity other than a prohibited activity as specified in the Second Schedule.
Offence 15.
(1)
Any person who contravenes any provision of these Regulations or any directions of the Director General or an authorized officer commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(2)
Where any person who commits an offence under these Regulations is a company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons, a person who at the time of the commission of the offence was a director,
P.U. (A) 22 13
compliance officer, partner, manager, secretary or other similar officer of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was purporting to act in the capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was assisting in its management—
(a)
may be charged severally or jointly in the same proceedings with the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons; and
(b)
if the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence and shall be liable to the same punishment or penalty as an individual unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves—
(i)
that the offence was committed without his knowledge; and
(ii)
that the offence was committed without his consent or connivance and that he had taken all reasonable precautions and exercised due diligence to prevent the commission of the offence.
Revocation and savings 16.
(1)
The Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within
Infected
Local
Areas)
(Conditional
Movement
Control)
Regulations 2021
[P. U. (A) 9/2021] are revoked.
(2)
Any directions of the Director General issued or deemed to have been issued under the Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within Infected
Local Areas) (Conditional Movement Control) Regulations 2021 shall be deemed to have
P.U. (A) 22 14
been made under these Regulations and shall continue to remain in force unless revoked by the Director General.
FIRST SCHEDULE
APPLICATION
[Regulation 2]
(1)
Infected Local Area/Division/District
(2)
Period
1.
State of Sarawak except Division of Sibu 22.1.2021 – 31.1.2021
SECOND SCHEDULE
PROHIBITED ACTIVITY
[Regulation 3]
1.
Outbound tour activities by a citizen and inbound tour activities involving foreign tourists entering Malaysia except foreign tourists from countries as specified by the Minister
2.
Activities in pubs and night clubs, except restaurant business in pubs and night clubs
3.
Any activity with many people in attendance at a place making it difficult to carry out social distancing and to comply with the directions of the Director General
Made 21 January 2021
[KKM.600-29/4/146 Jld.2 (30); PN(PU2)470/IV]
DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA
Minister of Health