Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT) (NO. 3) 2021

Seksyen 13

Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia

(1)

Pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik, atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, yang memasuki

Malaysia dari luar negara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia di mana-mana pintu masuk sebelum mendapatkan pelepasan imigresen, atau di mana-mana tempat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

(3)

Jika mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah, orang itu hendaklah memakai gelang tangan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa itu.

Kehendak bagi majikan untuk menyebabkan pekerja asingnya menjalani ujian pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT) (NO. 3) 2021