Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam
Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021.
/akn/my/act/pua/2021/97
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 97 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam
Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021.
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi kawasan tempatan jangkitan atau bahagian atau daerah dalam kawasan tempatan jangkitan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama bagi tempoh yang dinyatakan dalam ruang (2).
Tafsiran
Dalam Peraturan-Peraturan ini, “kawasan tempatan jangkitan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah
Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan
Tempatan Jangkitan) 2020 [P.U. (A) 87/2020].
Bagi Negeri Sarawak, “zon” ertinya zon yang terdiri daripada daerah atau bahagian sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
P.U. (A) 97 3
Kawalan pergerakan
Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali bagi maksud di bawah subperaturan (2).
Tertakluk kepada peraturan 5, seseorang boleh bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:
untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi, tugas kehakiman atau apa-apa tugas lain yang dibenarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam; atau
untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran.
P.U. (A) 97 4
Syarat-syarat bagi pergerakan
Jika seseorang bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain—
untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
untuk bekerja, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi atau tugas kehakiman, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam—
dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; dan
dia boleh disertai oleh mana-mana orang lain tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah; atau
untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran, orang itu hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
P.U. (A) 97 5
Larangan pergerakan ke tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat
Tiada seorang pun boleh masuk ke dalam atau keluar dari suatu tempat yang tertakluk kepada suatu perintah kawalan pergerakan diperketat kecuali mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan atau yang diberikan kebenaran oleh pegawai diberi kuasa.
Bagi maksud subperaturan (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat”
merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3) Akta.
Pergerakan bagi maksud peperiksaan
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk menduduki apa-apa peperiksaan yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di mana-mana institusi pembelajaran dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud persediaan dan menduduki peperiksaan itu di institusi pembelajaran itu.
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk menduduki apa-apa peperiksaan yang ditentukan oleh mana-mana badan profesional di mana-mana tempat yang ditentukan oleh badan profesional itu dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud persediaan dan menduduki peperiksaan itu.
Mana-mana orang yang terlibat dalam mengajar bagi persediaan peperiksaan atau dalam penjalanan apa-apa peperiksaan yang disebut di bawah subperaturan (1) dan (2) dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud mengajar bagi persediaan peperiksaan dan penjalanan peperiksaan itu.
Mana-mana orang yang bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang disebut di bawah subperaturan (1), (2) dan (3)—
P.U. (A) 97 6
hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; dan
boleh disertai oleh seorang ibu, bapa atau penjaga.
Kawalan pergerakan tambahan dalam Negeri Sarawak
Sebagai tambahan kepada kawalan pergerakan dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain dalam Peraturan-Peraturan ini, bagi Negeri Sarawak, tiada seorang pun boleh bergerak dari satu zon ke zon yang lain kecuali bagi maksud di bawah peraturan 4 dan 7.
Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai satu kawasan tempatan jangkitan 9.
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur hendaklah dikira sebagai satu kawasan tempatan jangkitan.
Pergerakan kerana sebab khas atau tertentu
Jika, kerana sebab khas atau tertentu, seseorang perlu bergerak dari satu zon ke zon yang lain dalam Negeri Sarawak, atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain, orang itu hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis yang menjaga balai polis yang paling hampir dengan kediaman orang itu.
Aktiviti terlarang
Tiada seorang pun boleh melakukan, menganjurkan, mengusahakan atau selainnya terlibat dalam, mana-mana aktiviti terlarang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Larangan berarak
Tiada seorang pun boleh dengan apa-apa cara menyertai atau terlibat dalam apa-apa perarakan.
P.U. (A) 97 7
Kawalan berhimpun
Seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan termasuk berkumpul untuk bersembahyang di mana-mana tempat ibadat agama orang itu tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Pengangkutan awam
Walau apa pun jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara, seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya membawa bilangan penumpang tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia
Pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik, atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, yang memasuki
Malaysia dari luar negara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia di mana-mana pintu masuk sebelum mendapatkan pelepasan imigresen, atau di mana-mana tempat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
Jika mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah, orang itu hendaklah memakai gelang tangan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa itu.
Kehendak bagi majikan untuk menyebabkan pekerja asingnya menjalani ujian pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)
Bagi maksud untuk mencegah dan mengawal merebaknya
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di tempat kerja, seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana majikan yang mengambil kerja seseorang
P.U. (A) 97 8
pekerja asing supaya menyebabkan pekerja asing itu menjalani ujian pengesanan
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), dan majikan itu hendaklah menanggung fi, kos atau caj bagi ujian itu.
Bagi maksud peraturan ini,
“pekerja asing”
ertinya pemegang Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang dikeluarkan di bawah peraturan 11
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [F.L.N. 228/1963].
Permintaan maklumat
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh meminta apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada mana-mana orang atau kumpulan orang.
Arahan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau kumpulan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan.
Kesalahan
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana arahan
Ketua
Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Peraturan-Peraturan ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara
P.U. (A) 97 9
atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Pembatalan dan kecualian
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan
Bersyarat) (No. 3) 2021 [P.U. (A) 65/2021] dibatalkan.
Apa-apa arahan Ketua Pengarah yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit
(Langkah-Langkah di dalam
Kawasan
Tempatan
Jangkitan)
P.U. (A) 97 10
(Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 3) 2021 hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa melainkan jika dibatalkan oleh Ketua Pengarah.
JADUAL PERTAMA
PEMAKAIAN
[Peraturan 2]
(1)
Kawasan Tempatan Jangkitan/Bahagian/Daerah
(2)
Tempoh
1. Negeri Johor 5.3.2021 – 18.3.2021
2. Negeri Kedah 5.3.2021 – 18.3.2021
3. Negeri Kelantan 5.3.2021 – 18.3.2021
4. Negeri Sembilan 5.3.2021 – 18.3.2021
5. Negeri Pulau Pinang 5.3.2021 – 18.3.2021
6. Negeri Perak 5.3.2021 – 18.3.2021
7. Negeri Sarawak 2.3.2021 – 15.3.2021
8. Negeri Selangor 5.3.2021 – 18.3.2021
9. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 5.3.2021 – 18.3.2021
JADUAL KEDUA
ZON DALAM NEGERI SARAWAK
[Peraturan 3]
1.
Zon Kuching: Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan dan Bahagian Serian 2.
Zon Sri Aman: Bahagian Sri Aman 3.
Zon Sarikei: Bahagian Sarikei dan Bahagian Betong 4.
Zon Mukah: Bahagian Mukah 5.
Zon Bintulu: Bahagian Bintulu 6.
Zon Miri: Daerah Miri 7.
Zon Beluru: Daerah Beluru
P.U. (A) 97 11 8.
Zon Subis: Daerah Subis 9.
Zon Bekenu: Daerah Bekenu 10.
Zon Telang Usan: Daerah Telang Usan 11.
Zon Marudi: Daerah Marudi 12.
Zon Limbang: Bahagian Limbang 13.
Zon Sibu: Daerah Sibu 14.
Zon Kanowit: Daerah Kanowit 15.
Zon Selangau: Daerah Selangau 16.
Zon Kapit: Daerah Kapit 17.
Zon Song: Daerah Song 18.
Zon Belaga: Daerah Belaga 19.
Zon Bukit Mabong: Daerah Bukit Mabong
JADUAL KETIGA
AKTIVITI TERLARANG
[Peraturan 11]
1.
Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri
2.
Aktiviti di dalam pub dan kelab malam termasuklah perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam
3.
Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah
Dibuat 4 Mac 2021
[KKM.600-29/4/146 Jld.2 (30); PN(PU2)470/Jld. 5]
DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA
Menteri Kesihatan
P.U. (A) 97 12
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES
(MEASURES WITHIN INFECTED LOCAL AREAS)
(CONDITIONAL MOVEMENT CONTROL) (NO. 4) REGULATIONS 2021
IN exercise of the powers conferred by subsection 11(2)
of the
Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Prevention and Control of
Infectious
Diseases
(Measures within
Infected
Local
Areas)
(Conditional Movement Control) (No. 4) Regulations 2021.
(2)
These Regulations come into operation on 5 March 2021.
Application 2.
These Regulations shall apply to the infected local area or division or district in the infected local area specified in column (1) of the First Schedule for the period specified in column (2).
Interpretation 3.
(1)
In these Regulations, “infected local area” means any area declared to be an infected local area under the Prevention and Control of Infectious Diseases
(Declaration of Infected Local Areas) Order 2020 [P.U. (A) 87/2020].
(2)
For the State of Sarawak, “zone” means the zone which consists of districts or divisions as specified in the Second Schedule.
Control of movement 4.
(1)
No person shall move from one infected local area to another infected local area except for the purposes under subregulation (2).
P.U. (A) 97 13
(2)
Subject to regulation 5, a person may move from one infected local area to another infected local area for the following purposes:
(a)
to supply or deliver food, medicine, dietary supplement or daily necessities;
(b)
to seek healthcare or medical services;
(c)
to work;
(d)
to perform any official duty, judicial duty or any other duty authorized by an authorized officer;
(e)
to provide humanitarian aid to any person affected because of any natural disaster; or
(f)
to attend learning at any learning institution or to perform any duty at any learning institution.
Conditions for movement 5.
Where a person moves from one infected local area to another infected local area—
(a)
to supply or deliver food, medicine, dietary supplement or daily necessities, he shall provide the necessary proof as requested by an authorized officer;
(b)
to seek healthcare or medical services, he shall provide the necessary proof as requested by an authorized officer;
(c)
to work, he shall provide the necessary proof as requested by an authorized officer;
P.U. (A) 97 14
(d)
to perform any official or judicial duty, he shall produce an authorization letter from his employer if required by an authorized officer;
(e)
to provide humanitarian aid to any person affected because of any natural disaster—
(i)
he shall provide the necessary proof as requested by an authorized officer; and
(ii)
he may be accompanied by any other person subject to any directions issued by the Director General; or
(f)
to attend learning at any learning institution or to perform any duty at any learning institution, the person shall provide the necessary proof as requested by an authorized officer.
Prohibition on movement to place that is subject to enhanced movement control order 6.
(1)
No person shall enter into or exit from a place that is subject to an enhanced movement control order except any person who is providing healthcare and medical services or is given permission by an authorized officer.
(2)
For the purposes of subregulation (1), “enhanced movement control order”
refers to directions given by an authorized officer under subsection 11(3) of the Act.
Movement for purposes of examination 7.
(1)
Any person who is required to sit for any examination determined by the relevant authority at any learning institution is allowed to move from one infected local area to another infected local area for the purpose of preparing and sitting for the examination at the learning institution.
P.U. (A) 97 15
(2)
Any person who is required to sit for any examination determined by any professional body at any place determined by such professional body is allowed to move from one infected local area to another infected local area for the purpose of preparing and sitting for the examination.
(3)
Any person who is involved in providing lessons for the preparation of examination or in the conduct of any examination mentioned under subregulations (1)
and (2) is allowed to move from one infected local area to another infected local area for the purpose of providing lessons for the preparation of the examination and conducting the examination.
(4)
Any person who moves from one infected local area to another infected local area for the purposes mentioned under subregulations (1), (2) and (3)—
(a)
shall provide the necessary proof as requested by an authorized officer; and
(b)
may be accompanied by a mother, father or guardian.
Additional control of movement within State of Sarawak 8.
In addition to the control of movement from one infected local area to another infected local area in these Regulations, for the State of Sarawak, no person shall move from one zone to another zone except for the purposes under regulations 4 and 7.
State of Selangor and Federal Territory of Kuala Lumpur as one infected local area 9.
For the purposes of these Regulations, the State of Selangor and the Federal Territory of Kuala Lumpur shall be reckoned as one infected local area.
Movement due to special or particular reason 10.
Where, due to a special or particular reason, a person needs to move from one zone to another zone within the State of Sarawak, or from one infected local area to another infected local area, that person shall obtain prior written permission of the police officer in charge of the police station nearest to the residence of such person.
P.U. (A) 97 16
Prohibited activity 11.
No person shall carry out, organize, undertake or otherwise be involved in, any prohibited activity as specified in the Third Schedule.
Prohibition on procession 12.
No person shall in any way participate or be involved in any procession.
Control of gathering 13.
A person may gather or be involved in a gathering including congregate to perform prayers at any place of worship of his religion subject to any directions issued by the Director General.
Public transport 14.
Notwithstanding the total maximum capacity of the number of passengers that may be carried on board any land, sea or air public transport, a holder of any land, sea or air public transport licence or permit to carry passengers shall ensure that the public transport relating to his licence or permit carries such number of passengers subject to any directions issued by the Director General.
Requirement to undergo health examination upon arrival in Malaysia 15.
(1)
An authorized officer may direct any citizen, permanent resident of Malaysia, expatriate or diplomatic corps, or any other foreigner permitted by the Director General of Immigration, entering Malaysia from overseas to undergo health examination upon arrival in Malaysia at any point of entry before proceeding for immigration clearance, or at any other place determined by the Director General.
(2)
Any person referred to in subregulation
(1)
shall comply with any directions issued by an authorized officer.
(3)
Where any person referred to in subregulation (1) is directed to undergo home quarantine, the person shall wear a wristband provided by the authorized officer.
P.U. (A) 97 17
Requirement for employer to cause his foreign employee to undergo
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) detection test 16.
(1)
For the purpose of preventing and controlling the spread of the
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) at work place, an authorized officer may direct any employer who employs a foreign employee to cause the foreign employee to undergo
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) detection test, and the employer shall pay the fee, cost or charges for the test.
(2)
For the purposes of this regulation, “foreign employee” means a holder of a Visit Pass (Temporary Employment) issued under regulation 11
of the Immigration Regulations 1963 [F.L.N. 228/1963].
Request for information 17.
An authorized officer may request for any information relating to the prevention and control of infectious disease from any person or body of persons.
Directions of Director General 18.
The Director General may issue any directions in any manner, whether generally or specifically, to any person or group of persons to take such measures for the purpose of preventing and controlling any infectious diseases within any infected local area.
Offence 19.
(1)
Any person who contravenes any provision of these Regulations or any directions of the Director General or an authorized officer commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(2)
Where any person who commits an offence under these Regulations is a company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons, a person who at the time of the commission of the offence was a director, compliance officer, partner, manager, secretary or other similar officer of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was purporting to act in the capacity or was in any manner or to any extent responsible for the
P.U. (A) 97 18
management of any of the affairs of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was assisting in its management—
(a)
may be charged severally or jointly in the same proceedings with the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons; and
(b)
if the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence and shall be liable to the same punishment or penalty as an individual unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves—
(i)
that the offence was committed without his knowledge; and
(ii)
that the offence was committed without his consent or connivance and that he had taken all reasonable precautions and exercised due diligence to prevent the commission of the offence.
Revocation and savings 20.
(1)
The Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within
Infected Local Areas) (Conditional Movement Control) (No. 3) Regulations 2021
[P.U. (A) 65/2021] are revoked.
(2)
Any directions of the Director General issued or deemed to have been issued under the Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within Infected
Local Areas) (Conditional Movement Control) (No. 3) Regulations 2021 shall be deemed to have been made under these Regulations and shall continue to remain in force unless revoked by the Director General.
P.U. (A) 97 19
FIRST SCHEDULE
APPLICATION
[Regulation 2]
(1)
Infected Local Area/Division/District
(2)
Period
1.
State of Johore 5.3.2021 – 18.3.2021 2.
State of Kedah 5.3.2021 – 18.3.2021 3.
State of Kelantan 5.3.2021 – 18.3.2021 4.
State of Negeri Sembilan 5.3.2021 – 18.3.2021 5.
State of Penang 5.3.2021 – 18.3.2021 6.
State of Perak 5.3.2021 – 18.3.2021 7.
State of Sarawak 2.3.2021 – 15.3.2021 8.
State of Selangor 5.3.2021 – 18.3.2021 9.
Federal Territory of Kuala Lumpur 5.3.2021 – 18.3.2021
SECOND SCHEDULE
ZONE IN THE STATE OF SARAWAK
[Regulation 3]
1.
Kuching Zone: Kuching Division, Samarahan Division and Serian Division 2.
Sri Aman Zone: Sri Aman Division 3.
Sarikei Zone: Sarikei Division and Betong Division 4.
Mukah Zone: Mukah Division 5.
Bintulu Zone: Bintulu Division 6.
Miri Zone: Miri District 7.
Beluru Zone: Beluru District 8.
Subis Zone: Subis District 9.
Bekenu Zone: Bekenu District 10.
Telang Usan Zone: Telang Usan District 11.
Marudi Zone: Marudi District 12.
Limbang Zone: Limbang Division
P.U. (A) 97 20 13.
Sibu Zone: Sibu District 14.
Kanowit Zone: Kanowit District 15.
Selangau Zone: Selangau District 16.
Kapit Zone: Kapit District 17.
Song Zone: Song District 18.
Belaga Zone: Belaga District 19.
Bukit Mabong Zone: Bukit Mabong District
THIRD SCHEDULE
PROHIBITED ACTIVITY
[Regulation 11]
1.
Outbound tour activities by a citizen and inbound tour activities involving foreign tourists entering Malaysia except foreign tourists from countries as specified by the Minister
2.
Activities in pubs and night clubs including restaurant business in pubs and night clubs
3.
Any activity with many people in attendance at a place making it difficult to carry out social distancing and to comply with the directions of the Director General
Made 4 March 2021
[KKM.600-29/4/146 Jld.2 (30); PN(PU2)470/Jld. 5]
DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA
Minister of Health