Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain—
(a)
untuk membeli makanan, ubat, penokok diet, keperluan harian atau apa-apa barang lain daripada mana-mana penyedia perkhidmatan perlu—
(i)
pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika makanan, ubat, penokok diet, keperluan harian atau barang lain itu tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan
(ii)
dia boleh disertai oleh seorang yang tinggal serumah dengannya;
(b)
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan—
(i)
pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir
P.U. (A) 21 5
dengan kediamannya jika perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan itu tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan
(ii)
dia boleh disertai oleh tidak lebih daripada dua orang lain;
(c)
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi atau tugas kehakiman, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
(d)
untuk menyediakan mana-mana perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan mana-mana perkhidmatan perlu, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
(e)
untuk memperoleh mana-mana perkhidmatan perlu selain yang disebut dalam perenggan 4(2)(c), dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
(f)
untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam—
(i)
dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; dan
(ii)
dia boleh disertai oleh mana-mana orang lain tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah; atau
P.U. (A) 21 6
(g)
untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran, orang itu hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
(2)
Bagi maksud mengawal pergerakan orang yang membeli makanan, pemunya atau pengendali, atau orang yang bertanggungjawab bagi, suatu perniagaan menjual makanan hendaklah menjalankan perniagaan hanya secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Larangan pergerakan ke tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat