Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(1)
Bagi maksud untuk mencegah dan mengawal merebaknya
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di tempat kerja, seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana majikan yang mengambil kerja seseorang pekerja asing supaya menyebabkan pekerja asing itu menjalani ujian pengesanan
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), dan majikan itu hendaklah menanggung fi, kos atau caj bagi ujian itu.
(2)
Bagi maksud peraturan ini, “pekerja asing” ertinya pemegang Pas Lawatan
(Kerja
Sementara)
yang dikeluarkan di bawah peraturan 11
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [F.L.N. 228/1963].
Permintaan maklumat