Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN) (NO. 2) 2021

Seksyen 4

Kawalan pergerakan

(1)

Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali bagi maksud di bawah subperaturan (2).

P.U. (A) 66 3

(2)

Tertakluk kepada peraturan 5, seseorang boleh bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;

(b)

untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan;

(c)

untuk bekerja;

(d)

untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi, tugas kehakiman atau apa-apa tugas lain yang dibenarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(e)

untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam; atau

(f)

untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran.

(3)

Seseorang boleh bergerak di dalam daerah yang terletaknya kediaman orang itu tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

Syarat-syarat bagi pergerakan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN) (NO. 2) 2021