Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Jika seseorang bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain—
(a)
untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
(b)
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, pergerakan orang itu hendaklah hanya ke suatu daerah yang paling hampir dengan kediaman orang itu jika perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan itu tidak terdapat dalam daerah yang terletaknya kediaman orang itu;
(c)
untuk bekerja, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
(d)
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi atau tugas kehakiman, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
(e)
untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam—
(i)
dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; dan
(ii)
dia boleh disertai oleh mana-mana orang lain tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah; atau
(f)
untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran, orang itu hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
P.U. (A) 66 5
Larangan pergerakan ke tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat