Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN) (NO. 3) 2021

Seksyen 5

Jika seseorang bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain—

(a)

untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(b)

untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(c)

untuk bekerja, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(d)

untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi atau tugas kehakiman, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(e)

untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam—

(i)

dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; dan

(ii)

dia boleh disertai oleh mana-mana orang lain tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah; atau

(f)

untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran, orang itu hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

P.U. (A) 98 5

Larangan pergerakan ke tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN) (NO. 3) 2021