Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk menduduki apa-apa peperiksaan yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di mana-mana institusi pembelajaran dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud persediaan dan menduduki peperiksaan itu di institusi pembelajaran itu.
(2)
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk menduduki apa-apa peperiksaan yang ditentukan oleh mana-mana badan profesional di mana-mana tempat yang ditentukan oleh badan profesional itu dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud persediaan dan menduduki peperiksaan itu.
(3)
Mana-mana orang yang terlibat dalam mengajar bagi persediaan peperiksaan atau dalam penjalanan apa-apa peperiksaan yang disebut di bawah subperaturan (1) dan (2) dibenarkan untuk bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud mengajar bagi persediaan peperiksaan dan penjalanan peperiksaan itu.
P.U. (A) 98 6
(4)
Mana-mana orang yang bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang disebut di bawah subperaturan (1), (2) dan (3)—
(a)
hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; dan
(b)
boleh disertai oleh seorang ibu, bapa atau penjaga.
Kawalan pergerakan tambahan dalam Negeri Sabah