Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan, dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali bagi maksud di bawah subperaturan (2).
(2)
Tertakluk kepada peraturan 5, seseorang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan, dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk membeli makanan, minuman, ubat, penokok diet atau keperluan harian;
(b)
untuk membekalkan atau menghantar makanan, minuman, ubat, penokok diet atau keperluan harian;
(c)
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, ujian pengesanan
Penyakit
Koronavirus 2019
(COVID-19), imunisasi atau rawatan kecemasan;
(d)
untuk membeli apa-apa barang atau memperoleh mana-mana perkhidmatan perlu, selain yang disebut dalam perenggan (a)
dan (c), daripada mana-mana penyedia perkhidmatan perlu;
(e)
untuk menyediakan mana-mana perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan mana-mana perkhidmatan perlu;
(f)
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi, tugas kehakiman atau apa-apa tugas lain yang dibenarkan oleh seseorang pegawai
4
diberi kuasa;
(g)
untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam; dan
(h)
untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran.
Syarat-syarat bagi pergerakan