Skip to content

Seksyen 11

Pengangkutan awam

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2021

P.U. (A)In forceProvision 11 of 18
Seksyen 11

Walau apa pun jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara, seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya membawa bilangan penumpang tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.