Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pengangkutan awam
(1)
Seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya tidak membawa lebih daripada separuh jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam pengangkutan awam itu bagi setiap perjalanan.
P.U. (A) 147 5
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), seseorang pemandu kereta sewa, teksi, teksi lapangan terbang, teksi mewah atau kenderaan e-hailing tidak boleh membawa lebih daripada dua penumpang bagi setiap perjalanan.
(3)
Subperaturan (1) tidak terpakai bagi maksud peraturan 11.
Pengangkutan awam udara ke
Negeri
Sabah atau
Sarawak dari Semenanjung Malaysia dan sebaliknya