Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 6) 2020

Seksyen 11

(1)

Seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan awam itu tidak membawa lebih daripada enam puluh enam perpuluhan enam peratus jumlah maksimum faktor beban pengangkutan awam itu yang boleh dibawa di dalam pengangkutan awam itu bagi setiap perjalanan penerbangan berjadual dari Negeri Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

(2)

Seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam udara untuk membawa penumpang boleh membawa jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam pengangkutan awam itu bagi setiap perjalanan penerbangan berjadual dari

Semenanjung

Malaysia ke Negeri Sabah atau Sarawak.

(3)

Seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam udara untuk membawa penumpang boleh membawa jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam pengangkutan awam itu bagi setiap perjalanan penerbangan tidak berjadual dari Semenanjung Malaysia ke Negeri Sabah atau Sarawak, jika kesemua penumpang itu adalah pelajar di Semenanjung Malaysia yang pulang ke Negeri Sabah atau Sarawak.

Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 6) 2020