Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 6) 2020

Seksyen 7

(1)

Tiada seorang pun boleh dalam apa-apa cara menyertai atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan atau perarakan, sama ada bagi maksud ekonomi, keagamaan, pendidikan dan pembelajaran, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan—

(a)

bagi Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak tertakluk kepada apa-apa arahan Ketua Pengarah; atau

(b)

bagi pengebumian, dengan syarat orang yang hadir ke pengebumian itu tidak melebihi dua puluh.

Negeri Selangor, Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai satu kawasan tempatan jangkitan 8.

Bagi maksud peraturan 4 dan 6 dan subperaturan 7(2), Negeri Selangor dan

Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendaklah dikira sebagai satu kawasan tempatan jangkitan.

Kenderaan persendirian

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 6) 2020