Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia
(1)
Mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik, atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh
Ketua Pengarah Imigresen, yang memasuki Malaysia dari luar negara hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia sebelum mendapatkan pelepasan imigresen di mana-mana pintu masuk dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan seseorang pegawai diberi kuasa.
(2)
Jika mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah, orang itu hendaklah memakai gelang tangan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa.
P.U. (A) 181 4
Permintaan maklumat