Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Aktiviti terlarang
Tiada seorang pun boleh melakukan, menganjurkan, mengusahakan atau selainnya terlibat dalam, mana-mana aktiviti terlarang yang dinyatakan dalam Jadual.
Pergerakan dan aktiviti di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan bersyarat 4.
(1)
Pegawai diberi kuasa boleh memberikan apa-apa arahan berhubung dengan pergerakan dan aktiviti mana-mana orang di dalam suatu tempat yang tertakluk kepada suatu perintah kawalan pergerakan bersyarat.
P.U. (A) 400 3
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), “perintah kawalan pergerakan bersyarat”
merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3) Akta.
Larangan pergerakan ke tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat