Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (PELAN PEMULIHAN NEGARA) 2021

Seksyen 10

(1)

Tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, perkahwinan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan tertakluk kepada apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan

(2)

hendaklah disiarkan dalam laman sesawang

Majlis Keselamatan Negara.

Pengangkutan awam