Skip to content

Seksyen 11

Pengangkutan awam

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021

P.U. (A)In forceProvision 11 of 18
Seksyen 11

(1)

Walau apa pun jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara, seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya membawa bilangan penumpang tertakluk kepada apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan

(1)

hendaklah disiarkan dalam laman sesawang

Majlis Keselamatan Negara.

P.U. (A) 293 6