Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (PELAN PEMULIHAN NEGARA) 2021

Seksyen 4

Perkhidmatan perlu

(1)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, “perkhidmatan perlu” ertinya perkhidmatan perlu dan termasuklah apa-apa aktiviti dan proses dalam rantaian pembekalan perkhidmatan perlu itu sebagaimana yang ditetapkan dan diumumkan oleh

Kerajaan dari semasa ke semasa dan disiarkan dalam laman sesawang

Majlis Keselamatan Negara mengikut mana-mana fasa yang ditetapkan.

(2)

Ketua Pengarah boleh, melalui arahan, menambah atau memotong apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagai perkhidmatan perlu selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu dan arahan itu hendaklah disiarkan dalam laman sesawang

Majlis Keselamatan Negara.

Kawalan pergerakan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (PELAN PEMULIHAN NEGARA) 2021