Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan, dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan dan syarat bagi maksud pergerakan mana-mana orang, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan, dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain.
(3)
Apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan
(2)
hendaklah disiarkan dalam laman sesawang
Majlis Keselamatan Negara.
P.U. (A) 293 4
Larangan pergerakan ke tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat