Skip to content

Seksyen 3

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 11

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Pindaan) (No. 2) 2021

P.U. (A)In forceProvision 3 of 5
Seksyen 3

peraturan yang berikut:

“Kehendak untuk memakai peranti pengesanan 11A. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti oleh Penyakit Koronavirus 2019

(COVID-19) atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), atau mana-mana kontak, untuk memakai apa-apa peranti pengesanan yang diberikan kepadanya.

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

(3)

Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan peraturan 12