Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 12
peraturan yang berikut:
“Pengasingan atau pengawasan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki 12A. (1)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, melalui apa-apa cara, mengarahkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti oleh Penyakit
Koronavirus 2019 (COVID-19) atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) untuk menjalani pengasingan atau pengawasan di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut atau sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang lain.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan arahannya dipatuhi.”.
Dibuat 29 September 2021
[KKM.600-29/4/14]j; PN(PU2)470/Jld. 7]
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Kesihatan
P.U. (A) 381 5
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES
(MEASURES WITHIN INFECTED LOCAL AREAS) (NATIONAL RECOVERY PLAN)
(AMENDMENT) (NO. 2) REGULATIONS 2021