Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Layanan Perubatan dan
Penyaraan Orang yang Dipindahkan ke Stesen Kuarantin) 2020.
(2)
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 24 Julai 2020.
Kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan di stesen kuarantin 2.
(1)
Mana-mana orang yang diarahkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa untuk menjalani pemerhatian atau pengawasan di bawah seksyen 15 Akta di mana-mana stesen kuarantin hendaklah membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang itu di stesen kuarantin itu.
(2)
Pembayaran di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat kepada
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Dalam hal orang yang disebut dalam subperaturan (1) ialah seorang pemegang Kad OKU yang dikeluarkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008
[Akta 685], orang itu tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang itu di stesen kuarantin itu.
P.U. (A) 211 3
Kesalahan