Malaysia legislation

Section 1

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LAYANAN PERUBATAN DAN PENYARAAN ORANG YANG DIPINDAHKAN KE STESEN KUARANTIN) (NO. 2) 2020

Seksyen 1

(1)

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Layanan Perubatan dan

Penyaraan Orang yang Dipindahkan ke Stesen Kuarantin) (No. 2) 2020.

(2)

Peraturan-Peraturan ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 24 Julai 2020.

Kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan di stesen kuarantin 2.

(1)

Tertakluk kepada peraturan 3, mana-mana orang yang memasuki Malaysia dari luar negeri dan diarahkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa untuk menjalani pemerhatian atau pengawasan di bawah seksyen 15 Akta di mana-mana stesen kuarantin hendaklah membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang itu di stesen kuarantin itu.

(2)

Pembayaran di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat kepada

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Orang yang tidak bertanggungan untuk membayar kos dan perbelanjaan

Section 1 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LAYANAN PERUBATAN DAN PENYARAAN ORANG YANG DIPINDAHKAN KE STESEN KUARANTIN) (NO. 2) 2020