Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Mana-mana orang yang dinyatakan dalam Jadual yang memasuki Malaysia dari luar negeri dan diarahkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa untuk menjalani pemerhatian atau pengawasan di bawah seksyen 15 Akta di mana-mana stesen kuarantin
P.U. (A) 233 3
tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang itu di stesen kuarantin itu.
(2)
Mana-mana orang selain orang yang dinyatakan dalam Jadual boleh memohon kepada Menteri untuk tidak membayar kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang itu di sesuatu stesen kuarantin.
(3)
Dalam hal orang yang disebut dalam subperaturan 2(1) ialah seorang warganegara Malaysia yang diarahkan untuk menjalani pemerhatian dan pengawasan telah menjalani ujian pengesanan penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) dalam masa empat belas hari dari tarikh arahan itu dikeluarkan tetapi keputusan ujian pengesanan itu tidak diperoleh selepas hari keempat belas, orang itu tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang itu di stesen kuarantin itu bagi hari kelima belas sehingga keputusan ujian pengesanan itu diperoleh jika orang itu diarahkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian lebih daripada empat belas hari.
Kesalahan