Skip to content

Seksyen 3

Permohonan kad pengenalan

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah (Kad Pengenalan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 3 of 12
Seksyen 3

(1)

Orang berdaftar hendaklah, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh orang berdaftar itu didaftarkan di bawah Akta, membuat permohonan bagi suatu kad pengenalan.

(2)

Apabila orang berdaftar membuat permohonan bagi suatu kad pengenalan, orang berdaftar itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan asalnya atau

P.U. (A) 386 3

dokumen pengenalan sementara yang dikeluarkan kepadanya di bawah

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990] kepada pegawai pendaftaran bagi maksud pembatalan.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah, apabila menerima permohonan daripada orang berdaftar, mengeluarkan suatu kad pengenalan berwarna coklat yang mengandungi apa-apa kod dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah kepada orang berdaftar itu.

(4)

Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.