Seksyen 4
Jagaan dan simpanan selamat kad pengenalan
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah (Kad Pengenalan) 2017
(1)
Jika orang berdaftar yang kepadanya suatu kad pengenalan telah dikeluarkan diletakkan di bawah suatu perintah pengawasan, orang berdaftar itu hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kad pengenalan itu dan hendaklah membawa kad pengenalan itu pada setiap masa.
(2)
Jika orang berdaftar yang kepadanya suatu kad pengenalan telah dikeluarkan ditahan di bawah suatu perintah tahanan, orang berdaftar itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan itu kepada pegawai penjara untuk simpanan selamat.
(3)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.