Skip to content

Seksyen 7

Pengubahan pada kad pengenalan adalah dilarang

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah (Kad Pengenalan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 7 of 12
Seksyen 7

(1)

Tiada seorang pun, selain pegawai pendaftaran yang bertindak dalam menjalankan tugasnya, boleh membuat apa-apa tanda, endorsan atau catatan pada, memadam, mengganggu, membatalkan atau mengubah apa-apa tanda, endorsan atau catatan yang terkandung dalam, atau selainnya mencacatkan atau memusnahkan, sesuatu kad pengenalan atau salinannya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.