Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (KAD PENGENALAN) 2017
Seksyen 8
(1)
Jika suatu kad pengenalan yang dikeluarkan kepada orang berdaftar hilang, musnah, rosak atau cacat, orang berdaftar itu hendaklah, tanpa kelengahan tidak wajar, membuat laporan polis.
(2)
Selepas membuat laporan polis, orang berdaftar itu hendaklah memohon untuk menggantikan kad pengenalan yang hilang, musnah, rosak atau cacat itu.
(3)
Permohonan bagi penggantian kad pengenalan hendaklah disertakan dengan fi yang berikut:
(a)
bagi permohonan pertama, fi ialah satu ratus ringgit;
P.U. (A) 386 5
(b)
bagi permohonan kedua, fi ialah tiga ratus ringgit; dan
(c)
bagi permohonan ketiga dan kemudiannya, fi ialah satu ribu ringgit.
(4)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembatalan kad pengenalan