Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (KAD PENGENALAN) 2017
Seksyen 9
(1)
Jika sesuatu perintah pengawasan atau perintah tahanan terhadap orang berdaftar dibatalkan oleh Lembaga atau telah tamat tempoh, orang berdaftar itu yang kepadanya telah dikeluarkan suatu kad pengenalan hendaklah membuat permohonan untuk membatalkan kad pengenalan itu.
(2)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Larangan memiliki kad pengenalan selain yang dikeluarkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini