Skip to content

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah (Tatacara Lembaga Penasihat) 2014

P.U. (A)In forceProvision 2 of 12
Seksyen 2

“Lembaga Penasihat” ertinya suatu Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan;

“orang tahanan” ertinya seseorang yang ditahan menurut suatu perintah tahanan yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen 19A(1) Akta;

“Pegawai Penjaga”, berhubung dengan suatu tempat tahanan, ertinya pegawai

(dengan apa jua nama jawatan dia diperihalkan) yang menjaga tempat tahanan itu;

“Pengerusi” ertinya seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi suatu Lembaga

Penasihat di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan;

“perintah tahanan” ertinya suatu perintah yang dibuat oleh Lembaga untuk menahan seseorang di bawah subseksyen 19A(1) Akta;

“Setiausaha” ertinya orang yang melaksanakan kewajipan setiausaha kepada

Lembaga Penasihat;

P.U. (A) 86 4

“tempat tahanan”, berhubung dengan seseorang orang tahanan, ertinya suatu tempat tahanan yang diarahkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 19A(3) Akta sebagai tempat yang di dalamnya orang itu hendaklah ditahan.