Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2014
Seksyen 4
(1)
Apa-apa representasi terhadap sesuatu perintah tahanan hendaklah dibuat secara bertulis.
(2)
Alasan bantahan terhadap perintah tahanan atau sebab mengapa penahanan patut dihentikan hendaklah diberikan dalam Borang 1 dan jika ruang dalam
Borang 1 tidak mencukupi alasan atau sebab itu boleh ditulis di atas helaian kertas yang berasingan yang hendaklah dikepilkan sebagai suatu lampiran kepada Borang 1.
(3)
Seseorang orang tahanan hendaklah menyatakan dalam Borang 1 sama ada dia bercadang untuk hadir secara sendiri atau dengan peguam belanya atau dengan diwakili oleh peguam belanya, di hadapan Lembaga Penasihat.
Pendengaran representasi