Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2014
Seksyen 5
(1)
Apabila apa-apa representasi diterima oleh Setiausaha, Pengerusi hendaklah menetapkan suatu masa dan tempat bagi pendengaran representasi itu oleh
Lembaga Penasihat dan hendaklah menyebabkan suatu notis dalam Borang 2 Jadual diserahkan kepada orang tahanan.
P.U. (A) 86 6
(2)
Pada masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran representasi, orang tahanan boleh hadir secara sendiri atau dengan peguam belanya atau dengan diwakili oleh peguam belanya, di hadapan Lembaga Penasihat.
(3)
Orang tahanan atau peguam belanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyampaikan kata-kata kepada Lembaga Penasihat secara lisan untuk menguatkan atau meluaskan alasan atau sebab yang diberikan dalam Borang 1.
(4)
Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya boleh hadir semasa pendengaran representasi untuk membantu Lembaga Penasihat.
(5)
Lembaga Penasihat boleh meneruskan untuk menimbangkan dan memutuskan—
(a)
representasi selepas mendengar kata-kata yang disampaikan oleh orang tahanan atau peguam belanya; atau
(b)
representasi bertulis yang dibuat dalam Borang 1 jika orang tahanan atau peguam belanya tidak hadir.
Notis untuk mengemukakan orang tahanan