Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2014

Seksyen 6

(1)

Jika suatu notis di bawah subperaturan 5(1) telah disampaikan kepada seseorang orang tahanan, Lembaga Penasihat hendaklah mengarahkan orang tahanan itu dikemukakan di hadapannya dengan menyampaikan suatu notis untuk mengemukakan orang tahanan dalam Borang 3 Jadual kepada Pegawai Penjaga.

(2)

Seseorang orang tahanan yang dibawa keluar dari suatu tempat tahanan untuk dikemukakan di hadapan Lembaga Penasihat di bawah peraturan ini hendaklah, semasa dia berada di luar tempat tahanan itu, disifatkan berada dalam jagaan yang sah.

Prosiding hendaklah secara tertutup

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2014