Malaysia legislation

Section 154

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 154

Tidak meninggalkan orang tahanan

Pegawai penjara tidak boleh, semasa menjaga orang tahanan di luar kawasan mana-mana tempat tahanan, meninggalkan orang tahanan atas apa-apa alasan sekali pun, dari masa mereka keluar dari tempat tahanan hingga mereka pulang ke tempat tahanan, dan dia tidak boleh bagi apa-apa maksud memasuki mana-mana rumah, stor, halaman, atau premis yang bukan berupa tempat yang ditetapkan bagi latihan orang tahanan itu, dalam tempoh yang dia ditugaskan menjaga orang tahanan itu.

Section 154 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015