Malaysia legislation

Section 19

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 19

Penyakit yang merebak atau berjangkit

(1)

Jika mana-mana orang tahanan didapati mempunyai apa-apa penyakit yang merebak atau berjangkit, atau diserang dengan vermin, suatu laporan hendaklah dibuat dan dikemukakan dengan segera kepada Pegawai Perubatan yang di bawah arahannya langkah-langkah hendaklah diambil untuk merawat keadaan itu dan untuk mencegahnya daripada merebak kepada orang tahanan lain.

(2)

Apabila menerima laporan daripada Pegawai Perubatan bahawa mana-mana orang tahanan menghidap apa-apa penyakit yang merebak atau berjangkit,

Pegawai yang Menjaga bolehlah membuat pengesyoran kepada Menteri mengenai penahanan orang tahanan itu.

(3)

Pengesyoran yang dibuat di bawah subperaturan (2) boleh juga dibuat oleh Pegawai yang Menjaga dalam apa-apa hal jika orang tahanan—

P.U. (A) 206 21

(a)

menghidap penyakit yang akut dan berbahaya;

(b)

menghidap penyakit yang mengancam nyawanya;

(c)

menghidap gangguan mental atau tidak sempurna akal; atau

(d)

sakit tenat.

Lembaga Penerimaan

Section 19 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015