Seksyen 20
Lembaga Penerimaan
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
(1)
Di tiap-tiap tempat tahanan hendaklah ada suatu Lembaga Penerimaan yang terdiri daripada Pegawai yang Menjaga dan mana-mana orang lain sebagaimana yang Komisioner Jeneral boleh tentukan, yang hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas orang tahanan itu diterima masuk dalam tempat tahanan, menemu ramah tiap-tiap orang tahanan, dan menetapkan suatu program pemulihan yang sesuai bagi orang tahanan itu.
(2)
Tiap-tiap orang tahanan apabila diterima masuk, hendaklah diberi penerangan dalam bahasa yang difahaminya tentang peruntukan berhubung dengan tatakelakuan dan hukuman bagi ketidakpatuhan tatakelakuan itu di bawah
Peraturan-Peraturan ini.