Malaysia legislation
Section 22
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 22
Orang tahanan yang dialihkan atau dipindahkan dari satu tempat tahanan ke suatu tempat tahanan yang lain hendaklah, semasa berada di luar tempat tahanan itu, diletakkan di bawah jagaan pegawai penjara yang diarahkan untuk menghantarnya dan hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan sah Pegawai yang Menjaga bagi tempat tahanan di mana pegawai penjara itu sedang berkhidmat.
P.U. (A) 206 22