Malaysia legislation
Section 26
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 26
(1)
Maka hendaklah wujud di tiap-tiap tempat tahanan suatu sistem peringkat progresif, yang disertakan dengan peningkatan keistimewaan peringkat yang lebih tinggi.
(2)
Maka hendaklah ada empat jenis peringkat seperti yang berikut:
(a)
Peringkat Pertama;
(b)
Peringkat Kedua;
(c)
Peringkat Ketiga; dan
(d)
Peringkat Keempat.
P.U. (A) 206 23
(3)
Kenaikan daripada Peringkat Kedua ke atas adalah bergantung kepada kelakuan baik, kerajinan dan tempoh perkhidmatan dalam setiap Peringkat.
(4)
Orang tahanan dalam tiap-tiap peringkat itu hendaklah memakai suatu tanda pengenalan pada pakaian mereka atau memakai pakaian yang menunjukkan perbezaan dalam Peringkat sebagaimana yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral.
(5)
Jenis Peringkat hendaklah diterangkan kepada tiap-tiap orang tahanan semasa pertama kali diterima masuk oleh Pegawai yang Menjaga.
Peringkat Pertama