Malaysia legislation
Section 37
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 37
(1)
Tiap-tiap orang tahanan hendaklah mengekalkan kebersihan dan kekemasan diri, dan hendaklah menjaga kebersihan kawasan tempat tidur, pakaian, kelengkapan tempat tidur, sel, perkakas, bahan bacaan dan barang lain yang dikeluarkan untuk kegunaannya sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai yang
Menjaga.
(2)
Tiap-tiap orang tahanan hendaklah membersihkan dan menyapu halaman, laluan dan bahagian lain tempat tahanan sebagaimana yang diarahkan kepadanya.
(3)
Apabila seseorang orang tahanan dibebaskan, pakaian tempat tahanannya hendaklah dibasuh dengan bersih, dikeringkan dan dinyahjangkitan sebelum dipulangkan ke stor atau dikeluarkan semula.
Makanan