Malaysia legislation

Section 63

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 63

Pelawat

(1)

Perkiraan hendaklah dibuat supaya apa-apa permintaan oleh orang tahanan untuk berjumpa Komisioner Jeneral atau anggota Hakim Pelawat hendaklah direkodkan oleh pegawai penjara yang kepadanya perkiraan itu dibuat dan disampaikan tanpa kelengahan kepada Pegawai yang Menjaga.

(2)

Pegawai yang Menjaga hendaklah memaklumkan Komisioner Jeneral atau anggota Hakim Pelawat pada lawatan seterusnya ke tempat tahanan tersebut tentang tiap-tiap permintaan orang tahanan untuk berjumpa dengannya.

Section 63 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015