Seksyen 67
Kesalahan terhadap tatatertib tempat tahanan hendaklah dilaporkan dan disiasat
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 67 of 158
Seksyen 67
Tiap-tiap kesalahan oleh orang tahanan terhadap tatatertib tempat tahanan hendaklah dilaporkan dengan segera, dan Pegawai yang Menjaga hendaklah menyiasat laporan itu tidak lewat daripada hari berikutnya, melainkan jika hari itu ialah hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan umum.