Malaysia legislation
Section 69
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 69
Berikut adalah kesalahan-kesalahan besar:
(a)
dahagi atau penghasutan kepada dahagi;
(b)
melarikan diri atau cuba melarikan diri;
P.U. (A) 206 43
(c)
cubaan atau melakukan perbuatan liwat dan seks oral atau perbuatan ketidaksopanan yang melampau;
(d)
dengan sengaja membuat tanda (tattoo) pada anggota badan sendiri atau orang lain;
(e)
mempunyai dalam milikan atau di bawah kawalan atau jagaan, atau mengagihkan atau menyalahgunakan apa-apa dadah berbahaya atau tembakau atau kelengkapan yang berkaitan;
(f)
mempunyai dalam milikan atau di bawah kawalan atau jagaan, atau mengagihkan apa-apa senjata berbahaya atau kelengkapan yang berkaitan;
(g)
mempunyai dalam milikan atau di bawah kawalan atau jagaan, atau mengagihkan apa-apa peranti telekomunikasi atau kelengkapan yang berkaitan;
(h)
mengambil bahagian dalam suatu serangan atau serbuan ke atas pegawai penjara, pelawat dan orang tahanan di tempat tahanan;
(i)
melakukan apa-apa bentuk provokasi terhadap mana-mana pegawai penjara dan kakitangan penjara, pelawat atau orang tahanan yang boleh atau mencetuskan kegemparan yang tidak sepatutnya;
(j)
dengan sengaja merosakkan apa-apa harta tempat tahanan dan apa-apa harta kerajaan;
(k)
dengan sengaja menyebabkan diri sendiri atau orang lain sakit, cederaan atau hilang upaya;
P.U. (A) 206 44
(l)
dengan sengaja membuat tuduhan palsu atau tidak berasas atau aduan terhadap pegawai penjara atau kakitangan penjara atau orang tahanan lain;
(m)
mengulangi kesalahan kecil, setelah dua kali dihukum bagi kesalahan kecil yang sama itu;
(n)
apa-apa perbuatan salah laku atau ingkar perintah;
(o)
bersubahat melakukan suatu kesalahan yang besar;
(p)
menggunakan bahasa yang kesat atau menyakiti hati yang terlampau terhadap pegawai penjara atau kakitangan lain penjara atau pelawat;
(q)
apabila menjalani, atau sebaik sebelum menjalani hukuman, dengan sengaja menyebabkan kekacauan yang bertujuan untuk mengganggu ketenteraman tempat tahanan;
(r)
menahan dengan salah mana-mana orang;
(s)
mengambil bahagian dalam apa-apa bentuk mogok;
(t)
cubaan membunuh diri, atau dengan sengaja mencederakan diri sendiri;
(u)
dengan sengaja memalsukan atau mengubah pengenalan diri;
(v)
enggan membenarkan diri dan penempatannya diperiksa oleh pegawai penjara;
(w)
berbohong apabila menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan oleh pegawai penjara atau kakitangan penjara lain atau pelawat;
P.U. (A) 206 45
(x)
mencuri pakaian tempat tahanan atau mana-mana bahagian harta tempat tahanan kepunyaan mana-mana orang tahanan lain;
(y)
menulis, melukis, memiliki atau menyembunyikan bahan-bahan berkaitan keganasan;
(z)
mempamer, menyebar atau berkongsi dengan orang tahanan lain bahan-bahan berkaitan keganasan;
(aa)
menjalankan aktiviti mengrekrut, mempengaruhi, mengindoktrinasi, mengajar atau menyebarkan ajaran keganasan secara berseorangan atau berkumpulan dikalangan orang tahanan;
(bb)
menghasut, memuji, menyokong atau mempromosi perbuatan penganas;
dan
(cc)
percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut terdahulu.
Hukuman yang dikenakan oleh Pegawai yang Menjaga bagi kesalahan kecil