Skip to content

Seksyen 70

Hukuman yang dikenakan oleh Pegawai yang Menjaga bagi kesalahan kecil

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 70 of 158
Seksyen 70

Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara terkanan selepasnya yang telah diberi kuasa oleh Pegawai yang Menjaga, boleh menghukum mana-mana orang tahanan, yang didapati bersalah melakukan kesalahan kecil selepas menjalankan siasatan sewajarnya, dengan memerintahkannya menjalani satu atau lebih daripada hukuman yang berikut:

(a)

amaran;

(b)

pengurangan Peringkat bagi tempoh yang tidak melebihi dua bulan;

(c)

penangguhan kenaikan Peringkat bagi tempoh yang tidak melebihi dua bulan;

P.U. (A) 206 46

(d)

pelucuthakan keistimewaan bagi tempoh yang tidak melebihi dua bulan;

(e)

pengurungan dalam sel hukuman bagi tempoh tidak melebihi dua puluh satu hari; atau

(f)

pengurungan dalam sel hukuman dengan diet terhad bagi tempoh tidak melebihi dua puluh satu hari.