Malaysia legislation
Section 71
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 71
Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara terkanan selepasnya yang telah diberi kuasa oleh Pegawai yang Menjaga, boleh menghukum mana-mana orang tahanan, yang didapati bersalah melakukan kesalahan besar selepas menjalankan siasatan sewajarnya, dengan memerintahkannya menjalani satu atau lebih daripada hukuman yang berikut:
(a)
amaran;
(b)
pengurangan Peringkat bagi tempoh yang tidak melebihi empat bulan;
(c)
penangguhan kenaikan Peringkat bagi tempoh yang tidak melebihi empat bulan;
(d)
pelucuthakan keistimewaan bagi tempoh yang tidak melebihi empat bulan;
(e)
pengurungan dalam sel hukuman bagi tempoh tidak melebihi tiga puluh hari; dan
(f)
pengurungan dalam sel hukuman dengan diet terhad bagi tempoh tidak melebihi tiga puluh hari;
P.U. (A) 206 47
Pemeriksaan perubatan orang tahanan yang dikenakan hukuman