Malaysia legislation

Section 85

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 85

Tindakan sekiranya ada kejadian kelarian

Apabila menerima laporan bahawa orang tahanan telah melarikan diri, Pegawai yang Menjaga hendaklah

(a)

memerintahkan supaya tempat tahanan dan kawasan yang berhampiran dengannya diperiksa dengan serta-merta;

(b)

memberitahu Komisioner Jeneral dengan serta-merta; dan

(c)

mengedarkan pemberitahuan mengenai kelarian itu dan perihalan orang tahanan itu kepada polis dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Pengawasan khas orang tahanan yang lepas lari

Section 85 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015