Malaysia legislation
Section 89
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 89
Pendidikan agama
Pegawai yang Menjaga hendaklah membuat perkiraan untuk mengadakan pendidikan agama atau moral bagi orang tahanan di bawah jagaannya oleh orang yang berikut:
(a)
pegawai penjara yang berkelayakan menjadi pengajar agama;
(b)
berkenaan dengan orang tahanan yang beragama Islam, mana-mana orang yang diberikan tauliah di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pentadbiran agama Islam; dan
P.U. (A) 206 52
(c)
berkenaan dengan orang tahanan yang bukan beragama Islam, orang yang dinamakan oleh mana-mana persatuan agama yang berdaftar dengan sah.
Amalan dan ajaran agama