Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2015

Seksyen 3

Tatacara bagi membuat representasi

(1)

Apabila mana-mana orang tahanan dibawa ke suatu tempat tahanan menurut suatu perintah tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah memberitahu orang tahanan itu dengan seberapa segera yang praktik selepas ketibaannya, haknya untuk membuat representasi terhadap perintah tahanan itu dalam tempoh masa dan dengan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Apabila Pegawai Penjaga memberitahu seseorang orang tahanan haknya untuk membuat representasi, Pegawai Penjaga hendaklah memberikan kepada orang tahanan itu tiga salinan Borang 1 Jadual.

(3)

Orang tahanan hendaklah, jika dia berhasrat untuk membuat representasi, mengisi tiga salinan Borang 1 dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh ketibaannya di tempat tahanan untuk membolehkan Pegawai Penjaga menghantar sesalinan Borang 1 itu kepada Setiausaha.

(4)

Jika seseorang orang tahanan gagal mengisi Borang 1 dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh ketibaannya di tempat tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada orang tahanan itu bahawa dia tidak berhasrat untuk membuat apa-apa representasi terhadap perintah tahanannya dan Pegawai Penjaga hendaklah menghantar pengesahan bertulis itu kepada

Setiausaha.

(5)

Pegawai Penjaga hendaklah menghantar apa-apa representasi bertulis yang diterimanya daripada orang tahanan kepada Setiausaha, sama ada atau tidak representasi bertulis itu dibuat dalam tempoh yang disebut dalam subperaturan (3).

5

(6)

Jika apa-apa representasi bertulis yang diterima oleh Setiausaha tidak dihantar oleh Pegawai Penjaga sebaik selepas tamat tempoh yang disebut dalam subperaturan (3), representasi bertulis itu hendaklah disifatkan dibuat di luar masa melainkan jika Setiausaha berpuas hati bahawa kelewatan itu bukan disebabkan oleh kesalahan orang tahanan yang membuat representasi itu tetapi disebabkan oleh keadaan yang di luar kawalannya.

(7)

Jika seseorang orang tahanan enggan menerima Borang 1 yang diberikan oleh Pegawai Penjaga di bawah subperaturan (1) atau menolak untuk mengesahkan secara bertulis bahawa dia tidak berhasrat untuk membuat apa-apa representasi terhadap perintah tahanannya,

Pegawai Penjaga hendaklah, secara bertulis memberitahu Setiausaha dengan sewajarnya.

Bentuk representasi