Seksyen 6
Notis untuk mengemukakan orang tahanan
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Tatacara Lembaga Penasihat) 2015
P.U. (A)In forceProvision 6 of 13
Seksyen 6
(1)
Jika suatu notis dalam Borang 2 telah disampaikan kepada seseorang orang tahanan, Lembaga Penasihat hendaklah mengarahkan orang tahanan itu dikemukakan di hadapannya dengan menyampaikan suatu notis dalam Borang 3 Jadual kepada Pegawai Penjaga.
7
(2)
Seseorang orang tahanan yang dibawa keluar dari suatu tempat tahanan untuk dikemukakan di hadapan Lembaga Penasihat di bawah peraturan ini hendaklah, semasa dia berada di luar tempat tahanan itu, disifatkan berada dalam jagaan yang sah.