Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan peraturan 6
(a)
dengan memasukkan selepas perenggan (1)(a) perenggan yang berikut:
“(aa) tempoh perkhidmatan lalu yang terputus disebabkan peletakan jawatan atau pelepasan jawatan bagi pegawai yang dilantik semula sama ada dalam perkhidmatan awam atau perkhidmatan Pihak
Berkuasa
Berkanun atau
Tempatan pada atau selepas 1 Januari 2012;”;
(b)
dalam proviso kepada perenggan (1)(g), dengan memasukkan selepas perkataan “yang terdahulu itu” perkataan “tetapi syarat mendapat pelepasan secara bertulis daripada pihak berkuasa berkenaan bagi perkhidmatannya yang terdahulu itu tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan (1)(j) perenggan yang berikut:
“(ja)
perkhidmatan seorang pegawai yang terputus pada atau sebelum 29 April 1997 kerana peletakan jawatan untuk menyertai perkhidmatan swasta sebelum kembali semula untuk berkhidmat dengan Kerajaan sebelum 1 Januari 2012 menurut perenggan 94
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991, dengan syarat bahawa pegawai itu telah memilih opsyen Sistem Saraan Baru atau telah dilantik di bawah Sistem Saraan Baru atau apa-apa sistem saraan lain yang berkuat kuasa selepas itu;
4
(jb)
perkhidmatan seorang pegawai yang terputus pada atau selepas 30 April 1997 kerana peletakan jawatan atas sebab untuk menyertai perkhidmatan swasta sebelum kembali semula untuk berkhidmat dengan Kerajaan sebelum 1 Januari 2012 menurut
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1997, dengan syarat bahawa pegawai itu—
(i)
telah memilih opsyen Sistem Saraan Baru atau telah dilantik di bawah Sistem Saraan Baru atau apa-apa sistem saraan lain yang berkuat kuasa selepas itu; dan
(ii)
telah mendapat kelulusan bertulis daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk menyertai agensi swasta yang tertentu sebelum meletakkan jawatan;”.
Pindaan peraturan 7